LAMAN WEB: WWW.BRANDEDCOLLECTION.COM.MY
FANPAGE FB: PEMBEKAL BAJU BORONG - BRANDED COLLECTION

LELONG LUARBIASA PADA 5 DAN 6 MEI 2012 DI PETALING JAYA

Dicatat oleh OVERRUN STOCK/BUNDLE on 11:50 PTG ulasan (0)


Berani dan gila punya budak

Dicatat oleh OVERRUN STOCK/BUNDLE on 3:35 PG ulasan (0)

Ramai orang cakap saya berani dan gila!

Ye, saya memang berani " BERANI UNTUK GAGAL"

Memang saya gila! Terima kasih sangat sangat sangat pada orang yang cakap tu....
Kata pada kawan sebelah "ADA AKU KISAH?   : )"

Saya sangat gila gila untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rahmatmu ya allah raja semesta alam.

Saya sangat gila gila gila untuk membantu orang yang susah daripada hasil perniagaan yang kau berikan padaku...amin.

Saya paling paling paling gila untuk menjadikan lebih ramai peniaga islam menjadi kaya dan pembayar zakat terbanyak.

Sebab apa buat semua ni bro?!!!
1- Sebab utama, bukan keuntungan yang saya cari dalam perniagaan ini. Yang saya cari adalah redha Allah dan usaha untuk membantu menambah nilai hidup orang lain.

2- Sebab kedua, saya percaya dengan prinsip bersyukur! "The more u give, The more u get"

3- Sebab ketiga adalah janji saya pada Allah dalam doa..
"Ya allah ya tuhanku, Seandainya kau beri aku kekayaan, aku akan cari jalan, untuk aku memudahkan dan membantu menambah nilai hidup orang lain... amin."


Perniagaan bukan untuk untung.. lu fikirlah bro!

Dicatat oleh OVERRUN STOCK/BUNDLE on 3:06 PG ulasan (0)

Kekayaan dan kejayaan sebenarnya bukan bergantung kepada berapa tinggi usaha anda semata-mata.
Mesti jaga hubungan dengan allah dan manusia...

Ada yang cakap "ala sudah takdir qada' dan qadar yang mereka hidup susah".

Adakah itu benar?
Adakah anda pakar penilik nasib macam sesetengah orang di sekeliling kita yang cukup pandai menentukan takdir seseorang mengikut suka hati mak bapak mereka?

Bila kita kata kita nak perbaiki hidup dan jadi kaya dengan berniaga, 
mereka akan cakap, " Tak payahlah jadi kaya, jadi orang biasa-biasa dah lah!"
Sebenarnya mereka inilah yang telah meracuni minda dan hidup anda agar terus percaya yang anda memang dilahirkan miskin dan anda perlu terus hidup miskin macam mereka tanpa ada usaha untuk merubah hidup dengan berniaga.

Adakah anda percaya yang anda memang dilahirkan hidup miskin/biasa2, masuk je gaji..seminggu dah habis sebab terpaksa bayar hutang yang bertimbun-timbun, hidup xpercaya dengan minda bawah sedar kurniaan allah, kerja dibawah tekanan yang tinggi, hidup xbahagia?

Jika itu kepercayaan anda, maka tidak peliklah hidup anda terus "biasa-biasa" sahaja.
Terus takut untuk berniaga walaupun Islam mengatakan 9/10 dari rezeki datangnya dari perniagaan

Tetapi jika soalan anda kepada diri anda ialah "Sampai bila aku nak hidup miskin/biasa-biasa? Sampai bila aku nak hidup dibelenggu hutang bertimbun-timbun? Sampai bila aku xpercaya dan terus takut untuk memulakan perniagaan? Boleh ke aku ubah hidup aku menjadi lebih baik?

Jangan tunggu lagi!! NOW or NEVER!




Saya ZHET, Pakar Import Eksport pemilik perniagaan Branded Collection ; Legasi Transformasi Kecantikan Kanak-kanak yang paling diyakini. Kepakaran Branded Collection ialah dalam membekal, mengedar, menjual dan menggayakan si comel dengan koleksi pakaian kanak-kanak berkualiti tinggi yang bergaya, berjenama dan mewah didatangkan khas dari Luar Negara dengan harga borong yang sangat murah dan berpatutan.
BELI 20 HELAI PAKAIAN KANAK-KANAK DAH DAPAT HARGA BORONG!





PERKONGSIAN EKSKLUSIF

Dicatat oleh OVERRUN STOCK/BUNDLE on 10:04 PG ulasan (1)


KISAH BRANDED COLLECTION
Saya ZHET, pemilik perniagaan Branded Collection dan Super Duper Collection; Legasi Transformasi Kecantikan Kanak-kanak dan Dewasa yang paling diyakini.
PAKAR PAKAIAN KANAK-KANAK RM5 www.brandedcollection.com.my
PAKAR T-SHIRT DEWASA RM10 www.bajuking.com
BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH.
SEBENARNYA; SENANG SANGAT UTK JADI SENANG... JIKA TAHU CARANYA...... KAN...
 Andainya wang yang dikejar! Wang akan lari!
SEBAB APA LARI?
Sebab anda kejar! hahaha :) 
Sekitar tahun 2001, saya telah melalui sesuatu yang saya panggil sebagai "tragedi" kerana selepas habis belajar di Sekolah Hishamuddin Sg Bertih, saya berpeluang bekerja seketika di Jaya Jusco sebelum membuat keputusan untuk "melompat" ke dalam dunia perniagaan kerana dek semangat yang berkobar-kobar. Secara faktanya, saya bukan daripada keluarga berniaga. Bapa saya bekas pekerja kilang dan ibu saya surirumah sepenuh masa. Tidak ada sesiapa pun yang berjaya di dalam perniagaan di dalam lingkungan ahli keluarga saya ketika itu.
Produk pertama yang saya jual adalah minyak gamat… masa tu baru habis SPM.. Jual kat saudara mara, kawan2 dan jiran2 masa raya aidilfitri. Malangnya tidak semua minyak gamat tu habis dijual, kerana masa tidak sesuai dgn perniagaan yang dijalankan.. Sepatutnya saya perlu jual barang yang kena dengan situasi. Untung tidak dapat banyak, setakat balik modal je tapi rasa bersyukur sangat kerana ia adalah pengalaman pertama.
Apabila tidak berjaya perniagaan pertama, saya buat pula perniagaan menjaja Nasi Lemak dan kuih muih dengan menaiki motorsikal, Pelbagai dugaan perlu diharungi, kena kejar anjing, berteduh bawah jambatan bila hujan, paling xdapat lupakan suatu hari motor langgar lubang, nasi dan kuih muih yang mak saya buat habis tercampak dan tumpah atas jalan..sedih sangat..sob…sob…Saya lihat kuih muih dan nasi lemak yang mak saya buat dilanggar lori..
Mak saya yang tolong ajar buat nasi lemak yang sedap, lazat dan terbaik, tp ketika saya masih blm cukup pandai buat nasi lemak yang sedap dan terrrbaaaaik tu, mak saya kata tutup je la perniagaan nasi lemak ko tu “sebab mak penatla”. Lagipun ko dapat sambung belajar ke Universiti. Dengan duit berniaga tu jugakla dapat menampung duit poket perbelanjaan di Universiti tu nanti “ujar mak padaku”.
Saya pun sambung belajar di universiti, Banyak juga duit yg dihabiskan untuk belajar, tp xpe… dapat manfaat. Ketika belajar terpaksa lupakan terus hasrat untuk berniaga, kerana mak dan abah suruh tumpukan pada pembelajaran.. Tapi saya jenis degil gak.hehehe… masa cuti semester je, “berniaga burger tolong kawan ”, niaga ikan bakar, niaga keropok lekor, dan macam2 lagi.
Habis belajar saya bekerja selama 2 tahun di sebuah syarikat… Malamnya pula berniaga nasi lemak di seksyen 18,baru niaga 3bulan, MAJLIS datang robohkan,sekarang tapak tu dibangunkan pasaraya. Dalam masa yang sama, datang lagi dugaan Allah.. Saya dituduh pecah amanah di tempat saya bekerja, kecoh sampai semua keluarga tahu.. bila bos tu selidik2… rupanya orang lain yang pecah amanah… Disebabkan itu saya terpaksa berhenti kerja.. Dalam sekelip mata, semua mata pencarian saya HILANG…Nasib baik masa tu bujang, takkan dah besar2 nak minta duit kat mak…kan…?
Mak dan Abah suruh saya cari kerja makan gaji, KWSP tu penting katanya… saya pergi temuduga, kerja la kat sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia, selepas itu kerja kilang kabinet sambil malam berniaga burger lagi, selepas beberapa bulan,ada temuduga menjadi GURU, Alhamdulillah saya diterima bekerja. Mengajar sekolah rendah, mengajar budak2 ni beeeeest tapi......... (biarku simpan rahsia ini, kerana Allah Taala melarang dari membuka aib orang lain)?…hmmmmm….bila ada je modal sikit, saya bangun dari terjatuh dengan berniaga di Up-Town…..siang mengajar, malam berniaga di Up-Town shah alam, disebabkan terlalu gelojoh sangat nak cepat kaya...kaaan??! masuk plak perniagaan MLM.
Tp hampeh……
Perniagaan multi level marketing ntah ke mana, perniagaan up-town pula ntah ke mana…. Sebab ape? sebab modal perniagaan up-town telah digunakan untuk perniagaan MLM… Baru nak bangun, dah jatuh balik….
Disebabkan saya tekad untuk berniaga, saya teruskan niat saya dan saya telah melalui "zaman kegelapan" untuk beberapa tahun lamanya. Saya ingatkan berniaga adalah senang, boleh dapat banyak duit. Tetapi rupanya tidak. Saya telah melakukan pelbagai jenis perniagaan daripada menjual minyak gamat, menjual nasi lemak, menjual burger, menjual ikan bakar, menjual pakaian, agen sekolah memandu,MLM, dan macam2 lagi.
Ramai orang pandang rendah, ahli keluarga sudah tidak percaya dengan perniagaan yang saya jalankan. Siap cakap “Apa yg ko buat mesti xmenjadi, xpayah niaga la”
Saya tau, sebenarnya mak ayah saya risau melihat keadaan saya waktu ketika itu.
Ini berlaku untuk beberapa tahun dan saya "kononnya" berniaga tetapi habuk duit pun tidak ada.
Berapa ramai daripada anda yang boleh faham situasi saya ketika itu? Tertekan, rasa gagal, rasa putus asa, rasa tidak adil dan macam-macam lagi perasaan negatif datang dalam diri.
Apa yang saya buat? Saya tutup semua perniagaan saya… dan kahwin!! Ingatkan dengan berkahwin makin kaya rupanya makin kayap.. hehehe.. Isteri bekerja di sebuah syarikat bahagian HR… Tekanan demi tekanan orang di syarikat tu berikan, setiap hari isteri balik menangis, tertekan, tension dan pernah hempas badan di katil ketika usia kandungan 8bulan…paling dahsyat isteri “PENGSAN”… nak berhenti kerja katanya… so esoknya saya izinkan dia berhenti dengan notis 24 jam….
Walaupun dalam hati ckp, sambil meletakkan kedua belah tangan ke dada, mulut disengetkan dan mata dibesarkan.... kan... "syg jgnla berhenti.. tu kan sumber pendapatan kita"...
Dalam keadaan terkapai-kapai, tidak tahu buat keputusan, blurrrr....... saya  buka kedai bundle di meru. bertahan hanya 3 bulan.... Tapi terpaksa tutup atas sbb2 yg xdapat dielakkan… Susah sangat waktu tu, bisnes jatuh lagi...lagi...lagi... dan lagi. Isteri berhenti kerja, anak pertama kami tungu masa utk dilahirkan..sahabat handai,jiran2 semua buat xtau... Rasa mcm segala yg ada di langit dan di bumi dihempap atas kepala..Perit saaaangat.. Setiap kali lepas solat, berdoa xputus1000x....hanya mengharapkan pertolongan Allah.. Dengan saki baki baju bundle yang ada, saya bawa niaga di pasar Petaling Jaya… Siang mengajar, malam berniaga di pasar…Isteri dalam keadaan sarat mengandung, sentiasa disisi membantu… Tidak pernah merungut, sentiasa rasa bersyukur… Sehinggalah bayi kami dilahirkan…
Kerana sebab2 tertentu, saya terpaksa berhenti menjual baju bundle, semua pakaian tersebut diberikan pada orang yang lebih memerlukan.
Atas sebab saya permudahkan hidup orang lain yg lebih memerlukan "baju bundle" itu, Allah Taala telah memaqbulkan DOA saya. Baru saya faham POWER sedeqah, POWER memudahkan hidup orang lain.
Di mana "permulaan" saya? Taklah "permulaan" sangat lagi tetapi segalanya mula berubah apabila pada penghujung tahun 2007, saya memulakan perniagaan borong pakaian baru  kanak-kanak, setiap keuntungan tahunan syarikat terus di zakatkan ", setiap minggu wajib melawat MAK dan ABAH. Dan minta mak abah mendoakan dan merestui perniagaan saya. SYUKUR ALHAMDULILLAH perniagaan makin bertambah maju.
Dari stor yang kecil "sebesar tandas" ia bermula.
Meledak menggila!!!
Setiap saat USAHA MEMBANTU MENAMBAH NILAI HIDUP ORANG LAIN MEREBAK BAGAIKAN VIRUS.
Kami terpaksa menyewa gudang yang lebih besar!
Terpaksa membuka OUTLET BRANDED COLLECTION di PETALING JAYA.
11-G-01 Desa Mentari 3 PJS2D/1 Taman Medan 46000 Petaling Jaya Selangor.
www.brandedcollection.com.my
Terpaksa juga membuka OUTLET SUPER DUPER COLLECTION di PETALING JAYA.
11-G-45 Desa Mentari 3 PJS2d/1 Taman Medan 46000 Petaling Jaya Selangor.
www.bajuking.com
Setelah melingkup beberapa tahun dalam perniagaan, rahsia pertama kenapa kini saya berjaya. Rahsia inilah yang menjadi tonggak utama perubahan hidup saya. Dan Alhamdulillah kualiti hidup saya meningkat hari demi hari setelah saya praktiskan rahsia ini.
Jangan Tunggu Hingga Esok! Jika anda benar2 ingin merubah hidup anda.
Yakinlah! Harga Borong Pakaian Kanak-Kanak dan Dewasa kucar market kepakaran kami.

Kini perniagaan menjadi huru-hara, keuntungan berlipat kali ganda, permintaan pembelian on-line banyak gila2, setiap hari orang berpusu-pusu ke kedai, terlalu,lalu,lalu,lalu ramai pelanggan yang menunggu lelong luarbisa Branded Collection dan Super Duper Collection yang hanya dilakukan setahun 4kali sahaja.
Disebabkan kejayaan saya hari ini adalah berdasarkan kegagalan saya bertahun-tahun lamanya di dalam perniagaan, maka saya telah membuat keputusan untuk membantu orang lain mendapatkan pakaian kanak-kanak dan dewasa berkualiti tinggi, hebat, bergaya, berjenama dan terbaaaiiik dengan HARGA BORONG yang sangat3x murah.
BELI SEHELAI DENGAN HARGA BORONG!

Apa yg penting?
Saya dapat memudahkan hidup anda! :)
Semoga dengan usaha ini memudahkan untukku dan seluruh generasiku menjadi JUTAWAN AKHIRAT. Amin :)
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan Branded Collection dan Super Duper Collection, pihak kami akan sentiasa memberikan tawaran diskaun termurah, terbaaaaaik dan terrrrr “luarbiasa”.
SIAPALAH KAMI TANPA SOKONGAN ANDA. TERIMA KASIH.
SALAM UKHUWAH DARI ZHET :)

TARIKH KERAMAT LELONG LUAR BIASA

Dicatat oleh OVERRUN STOCK/BUNDLE on 4:43 PG ulasan (0)



JALAN RAYA AKAN MENJADI SESAK KERANA PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 AKAN DIADAKAN DI KL PADA 28 APRIL 2012.

OLEH KERANA ITU, BRANDED COLLECTION TELAH MENUKAR TARIKH KERAMAT LELONG LUARBIASA BRANDED COLLECTION PJ PADA 5&6 MEI 2012.

BRANDED COLLECTION KLANG TELAH DITUTUP

Dicatat oleh OVERRUN STOCK/BUNDLE on 10:58 PG ulasan (0)

Untuk makluman kepada semua pelanggan Branded Collection yang dirahmati ALLAH SWT sekalian...Branded Collection cawangan Rantau Panjang Klang telah ditutup. 

Ini kerana, pembukaan cawangan baru yang lebih moden, lebih besar, dan eksklusif khas buat anda dan si comel agar lebih selesa di cawangan baru. 
Nantikan pengumuman dan perasmian pembukaan luar biasa dari Branded Collection. 

Buat masa ini, pelanggan diminta hadir berpusu-pusu ke Branded Collection 
Taman Medan Petaling Jaya kerana stok pakaian kanak-kanak baru tiba!!!  

~ Zhet: CEO Branded Collection 0176852740 ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAP PJ

MAP PJ

BRANDED COLLECTION

PAKAR TRANSFORMASI KECANTIKAN KANAK-KANAK

Kepakaran Branded Collection ialah membekal,

mengedar dan menjual pakaian kanak-kanak dan

dewasa yang berkualiti tinggi, bergaya, berjenama

dan mewah dari luar negara dengan harga borong

yang sangat murah dan berpatutan..

HARGA DARI RM5

BABY BRANDED.HIGH QUALITY.CHEAPEST

BRANDED COLLECTION; HARGA HILANG AKAL

LELONG T-SHIRT DEWASA RM10

DISKAUN SEHINGGA 90% (DARI RM5)