Halaman

Jumaat, 20 September 2013

Tips Pemborong Branded Collection

Sebagai seorang pemborong, apabila perniagaan anda semakin lama semakin berkembang. Anda tentu terfikir bagaimana untuk mengimport barangan dengan kuantiti sebanyak satu kontena. Namun jika anda langsung tidak tahu menahu mengenai kontena. Maklumat ini akan menjadi sangat berguna kepada anda.

Terdapat banyak jenis kontena yang digunakan untuk pelbagai produk berbeza. Namun bagi kebanyakan barang, kontena biasa digunakan. Kontena biasa ini terbahagi kepada 3 jenis.

1. Kontena 20 kaki

Kontena jenis ini adalah kontena yang paling kecil. Dimensinya adalah seperti berikut

Dimensi : 20 kaki x 8 kaki x 8 kaki 6 inci

Isipadu : 33.2 meter padu

2. Kontena 40 kaki

Kontena ini adalah kontena sederhana dan banyak digunakan

Dimensi : 40 kaki x 8 kaki x 8 kaki 6 inci

Isipadu : 67.7 meter padu

3. Kontena 40 kaki (High Cube)

Ini adalah kontena yang sama panjangnya seperti yang sebelum ini, namun ianya lebih tinggi berbanding yang sebelum ini.

Dimensi : 40 kaki x 8 kaki x 9 kaki 6 inci

Isipadu : 76.3 meter padu.

psssst...psssst... faham ke faham??!

~Admin BC; MIA~
www.brandedcollection.com.my